Khamis, 10 November 2016

Free Mason,illuminati,Dajjal dan Donald Trump



Konspirasi Donald Trump dalam The Simpsons (Penjelasan)
Ada sesetengah orang bila apa apa berlaku dia akan cop ini semua kerja puak2 'elitist', illuminati, akhirul zaman segala bagai.
Tak dinafikan mungkin ada diantaranya 'are planned', tapi jangan lah taksub sangat sampai kita cuba nak connect the puzzle yang akhirnya merapu-rapu.
Aku nak bagi 2 contoh dari gambar (Rujuk Gambar 1 dan Gambar 2) yang disebarkan sejak semalam lepas Trump menang is a classic example of paranoid/connect the puzzle secara melampau.


Gambar 1:
Pelbagai Teori Konspirasi Trump




 Gambar 2:
 Teori Konspirasi The Simpsons.

____________________________________________________

1. Gambar kartun The Simpsons.
Dekat gambar dia tulis 2000, walhal gambar tersebut adalah dari episode Trumptastic Voyage, S25SE2(S25 = Season 25, SE2 =Special Episode 2), ditayangkan pada 7 July 2015. (Rujuk gambar 3)
Dan pada ketika ini memang dok hangat di US Trump nak masuk bertanding jawatan presiden, dia announce dia run for president pada hujung bulan June 2015.
Jadi memang kena lah timingnya untuk dibahan dalam The Simpsons.
Ianya tahun 2015, Bukan tahun 2000.


Gambar 3:
 Trumptastic Voyage, S25SE2(SE =Special Episode 2), ditayangkan pada 7 July 2015.




 
Dan pada ketika ini memang dok hangat di US Trump nak masuk bertanding jawatan presiden, dia announce dia run for president pada hujung bulan June 2015..

____________________________________________________

2. The Simpsons quote Trump makes big debt pada episode Bart to the Future, S11E17 (S11 = Season 11, E17 = Episode 17), pada 19 March 2000 - Rujuk Gambar 4)
* Okay so nampaknya kau ada buat kajian, hehe.
Dalam episode tersebut Lisa tu cakap dia kena pikir macamana nak cover hutang president sebelum itu which is Presiden Trump.
Let me quote apa yang Lisa Simpson sebut,
" We inherited quite a budget crunch from President Trump"
Haa kan aku kata konspirasii!!
Konspirasi? Sabar dulu bang..
FYI, Trump ni bukan sekali dia try running for president. Ini kali yang kedua.
Kali pertama dia bertanding adalah pada tahun 2000. (Boleh rujuk Gambar 5).
Hehe.
Cumanya pada tahun 2000 dia bertanding atas tiket Reform Party dan hanya dapat lebih kurang 15,000 votes..

So memang sangat sesuai untuk dibahan ketika itu..haha


Gambar 4:
Bart to the Future S11E17, ditayangkan pada 19 March 2000. Lisa sebut, " We inherited quite a budget crunch from President Trump" Konspirasi?

 

Gambar 5:
Trump 2000. Kali pertama Trump bertanding adalah pada tahun 2000.  Cumanya pada tahun 2000 dia bertanding atas tiket Reform Party dan hanya dapat lebih kurang 15,000 votes.


 

____________________________________________________

3. Electoral map juga telah dirancang weh, ada dalam The Simpsons.
Malangya, gambar yang last tu bukan dari episode yang ada kena mengena dengan Trump.
Tapi ianya datang dari Mr. Burns “endorsed” Mitt Romney, S24SI2(S2 = Season 24, SI2 = Special Information 2), Ditayangkan pada Nov 1, 2012.(Rujuk Gambar 6)
Masa zaman Romney VS Obama for president, kita semua tahu Obama menang ketika itu.
Dan kalau kau banding betul betul dengan result Trump semalam, tak la sama sebijik pun.
Contohnya dalam Electoral Map the Simpsons, Wisconsin, Michingan dengan Ohio semua color biru, padahal semalam semua ni warna merah sebab dapat kat Trump. (Boleh rujuk Gambar 7)

 Gambar 6:
 Mr. Burns “endorsed” Mitt Romney, S24SI2(SI = Special Information 2), Ditayangkan pada Nov 1, 2012.
 


Gambar 7:
Map the Simpsons, Wisconsin, Michingan dengan Ohio semua color biru, padahal semalam semua ni warna merah dapat kat Trump.

 

____________________________________________________

 4.“If I were to run, I’d run as a Republican,” “They’re the dumbest group of voters in the country. They believe anything on Fox News. I could lie and they’d still eat it up. I bet my numbers would be terrific.” - People Magazines, 1998 (Gambar 8).
Ini lagi satu classic example of urban myth/conspiracies
Konon-konon nak digambarkan yang benda ni dah plan sejak 1998.
Sadly to inform..Ni gambar palsu..adeh.
Memang ya, Trump ada masuk People Magazine,
Tapi, masa tu dia belum kecoh politik lagi, zaman tu yang kecoh adalah pasal gosip kahwin-cerai dia dan juga kegagalan business dia (Rujuk Gambar 9).
Jadi dari mana gambar tu datang? Gambar tersebut confirm edit sebab ia adalah screen-grabs dari temubual Oprah dengan Trump mengenai polisi luar US (Rujuk Gambar 10).
*Masa ni ura-ura dia nak masuk politik. Even Oprah tanya soalan tersebut dalam temubual tersebut.
Boleh juga rujuk disini: https://www.youtube.com/watch?v=GZpMJeynBeg



 Gambar 8:
“If I were to run, I’d run as a Republican,” the fake quote reads. “They’re the dumbest group of voters in the country. They believe anything on Fox News. I could lie and they’d still eat it up. I bet my numbers would be terrific.” -People Magazines, 1998

Betul ke?????

Boleh juga rujuk disini: https://www.youtube.com/watch?v=GZpMJeynBeg

 


Gambar 9:
Memang ya, Trump ada masuk People Magazine pada tahun 1998, Tapi, masa tu dia belum kecoh politik lagi, zaman tu yang kecoh adalah pasal gosip kahwin-cerai dia dan juga kegagalan business dia.


 


____________________________________________________

 Jujurnya..
Aku pun macamtu jugak dulu dan aku faham antara goal puak puak elitist dan secret societies ni adalah tak nak kita percaya kewujudan diaorang.
Tapi kalau semua benda ko dah kaitkan dengan secret societies dan konspirasi pun payah gak..
Harapnya jangan sampai satu hari nanti, bila dah terlampau taksub kita nampak ada orang tulis kat fb dia,
Nasi Lemak itu Illuminati..
Tepuk kepala...

Gambar 10:

Temubual Oprah dengan Trump mengenai polisi luar US (Rujuk Gambar 7).

*Masa ni ura-ura dia nak masuk politik. Even Oprah tanya soalan tersebut dalam temubual tersebut.

Boleh juga rujuk disini: https://www.youtube.com/watch?v=GZpMJeynBeg

Don't believe everything you read on the Interenet just because there's a picture with a quote next to it," - Abraham Lincoln.

if you know what i mean..XD
 

Posting ini ada manfaat untuk anda?
mungkin ada manfaat pada yang lain?
Share dan Like : Hadis & Sunnah





 Kesimpulan dari posting ini:

Maka bersungguh-sungguhlah kita bertabayyun kerana Allah SWT berfirman:

يٰۤاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْۤا اِنْ جَآءَكُمْ فَاسِقٌ  ۢ بِنَبَاٍ فَتَبَيَّنُوْۤا اَنْ  تُصِيْبُوْا قَوْمًا  ۢ بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوْا عَلٰى مَا فَعَلْتُمْ نٰدِمِيْنَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka bertabayyun (selidiki) kebenarannya..."
(QS. Al-Hujurat: Ayat 6)

Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam juga bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ ”

Cukuplah seseorang dikatakan berdusta, jika ia menceritakan setiap yang dia dengar.” (HR. Muslim).

Imam Malik semoga Allah merahmati beliau mengatakan:

”Ketahuilah, sesungguhnya seseorang tidak akan selamat jika dia menceritakan setiap yang didengarnya, dan dia tidak layak menjadi seorang imam (yang menjadi panutan, pen), sedangkan dia selalu menceritakan setiap yang didengarnya. (Dinukil dari Muntahal Amani bi Fawa’id Mushtholahil Hadits lil Muhaddits Al Albani).
Previous Post
Next Post

About Author

loading...